Tukar Tulisan kehijauan Tukar Tulisan kemerahan Tukar Tulisan Kebiruan   Kembali Asal Kembali Asal Kembali Asal

   

Pengumuman

miangmexico1  miangmexico2

**sila klik gambar di atas untuk paparan lebih jelas

Klinik Haiwan Veterinar Alor Gajah Mula Beroperasi

 
Dimaklumkan bahawa kerja-kerja menaiktaraf bangunan klinik haiwan kesayangan di Pejabat Veterinar Daerah Alor Gajah telah siap dan telah mula beroperasi sepenuhnya pada 5 Januari 2015.
 
Terima kasih.
...............................................................................................
 
Kemasukan Pegawai Baru
 
En. Ahmad Khalid bin Mohammad telah mula bertugas di Pejabat Veterinar Kawasan Masjid Tanah.
 
Pn. Rohayah binti Mamat telah mula bertugas di Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka di Unit Kewangan.
 
Terima kasih.

...............................................................................................

Program FMD
 
Berikutan daripada kes FMD, pihak Unit Kesihatan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar sedang menjalankan program FMD di setiap daerah dan kawasan di negeri Melaka. Diminta setiap penternak memberikan kerjasama untuk menjayakan program FMD ini.
 
Sebarang pertanyaan sila berhubung terus dengan Unit Kesihatan di 06-2327113
 
Terima kasih.

...............................................................................................

Salam Sejahtera,

Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka sedang membuka permohonan bantuan ternakan, kandang dan homeplot di setiap daerah dan kawasan. Bagi mereka yang ingin mengemukakan permohonan sila rujuk pejabat veterinar daerah dan kawasan tempat tinggal masing-masing.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Pejabat Veterinar Daerah Melaka Tengah  : 06-2320273
Pejabat Veterinar Daerah Jasin                : 06-5291252
Pejabat Veterinar Daerah Alor Gajah         : 06-5561249
Pejabat Veterinar Kawasan Merlimau        : 06-2631246
Pejabat Veterinar Kawasan Masjid Tanah  : 06-3845750

Terima kasih.

...............................................................................................

Perkhidmatan SISPAA akan menggantikan Sistem eAduan bermula 1 April 2014.Harap Maklum.

...............................................................................................

Program Kesihatan
Program Pengambilan sampel bagi penyakit ruminan besar dan juga pemvaksinan FMD sedang dijalankan di Daerah Jasin.
Pada bulan Mac, program kesihatan akan diadakan di kawasan Merlimau dan Kempen Zon Bebas ND akan dijalankan di daerah Jasin, Merlimau dan Mukim Sg. Udang.

...............................................................................................

Latihan Sambil Kerja (LSK)
Pejabat Veterinar Daerah Alor Gajah telah menerima 3 orang pegawai tentera yang akan membuat latihan sambil kerja (LSK) selama 6 bulan.

...............................................................................................

Perlesenan Unggas
Semua notis Perlesenan Unggas 2014 telah dikeluarkan bagi semua daerah dan kawasan. Diminta kepada semua penternak yang lulus untuk membayar lesen sebelum akhir bulan ini.

...............................................................................................

 Urusan e-Permit

Bermula 1 Oktober 2013 segala urusan e-Permit diambil alih oleh pihak MAQIS. 
Pihak DVS hanya mengeluarkan SKV sahaja.
...............................................................................................
 
4. Buku Panduan Kaedah Penjimatan Penggunaan Utiliti & Perbelanjaan Lain >> Buku panduan jimat

6.  Pencapaian Gemilang Melaka

7.  Kadar Caj Abstraksi Air Mentah Negeri Melaka

8.  Senarai Agensi/Perkhidmatan Di UTC Melaka

Aktiviti/Acara

Program Bersama Majlis Pembangunan Pertanian Perlimen Kota Melaka
 
Pejabat Veterinar Melaka Tengah telah berjaya mengadakan program penyerahan lembu bersama Parlimen Kota Melaka pada 15 Januari 2015. Seramai 14 penternak terlibat dalam program ini.
 
Terima kasih.
...............................................................................................
 
Program Pemandulan Haiwan Kesayangan
 
Pejabat Veterinar Daerah Jasin telah berjaya menjalankan Program Pemandulan Haiwan Kesayangan di mana sebanyak 20 ekor kucing jantan dan 15 ekor kucing betina berjaya dimandulkan.
 
Terima kasih.

...............................................................................................

Program Kecergasan dan Kecemerlangan Veterinar 2014
Seramai 50 kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Melaka telah menjayakan Program Kecergasan dan Kecemerlangan Veterinar 2014 yang telah berlangsung di Terengganu pada 22 hingga 24 Mac 2014. JPV Melaka telah bertanding dalam acara perbarisan, dart, futsal, karom, congkak, badminton, bowling dan persembahan kesenian.Pihak jabatan berasa bangga dan mengucapkan syabas di atas komitment peserta dalam program ini.
Sila ke Galeri Gambar untuk gambar aktiviti .
...............................................................................................
Perarakan Maulidul Rasul 2014 / 1435H
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka telah mengambil bahagian dalam acara Perarakan Maulidul Rasul yang telah di adakan di Melaka pada 14 Januari 2014. Terima kasih kepada kakitangan yang telah menjayakan program tersebut.
Sila ke Galeri Gambar untuk gambar aktiviti .
...............................................................................................
Lawatan Ketua Pengarah DVS Ibu Pejabat Putrajaya
 
Ketua Pengarah DVS telah mengadakan lawatan ke Tapak Pemindahan Rumah Sembelih Babi di Paya Mengkuang pada 7 Februari 2014 dan Majlis Makan Malam sempena persaraan beliau.
...............................................................................................
Lawatan MAFF dari Jepun.
 
Lawatan MAFF dari Jepun ke Loji Pemprosesan Huat Lai dan Ladang Ayam Kampung di Merlimau pada 20 Februari 2014.
...............................................................................................
Bahagian Penguatkuasa
 
Sepanjang bulan Januari 2014, sejumlah 222 bilangan tindakan telah dijalankan yang merangkumi aktiviti penguatkuasaan di bawah Akta Binatang 1953. Tumpuan aktiviti ialah semasa menjelang musim Tahun Baru Cina. Pada 15 Januari 2014, Bahagian Penguatkuasa telah merampas 13.5 kg karkas lembu di Pasar Pagi Telok Mas. Kesalahan adalah di bawah Kaedah-kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009, Akta Binatang 1953 (Semakan 2006) iaitu memiliki karkas lembu yang tidak disembelih di rumah sembelih yang diluluskan atau dilesenkan. Siasatan kes masih dijalankan.

Tender

Tiada maklumat tender terbaru buat masa ini sehingga 27 Februari 2015.

Jawatan Kosong

Tiada maklumat jawatan kosong buat masa ini sehingga 27 Februari 2015.

 
Laman Utama