Saturday, 22 January, 2022  07:18 AM

  • Aktiviti & Berita Terkini
27Oct
Program Vaksinasi LSD

Program Vaksinasi LSD

Proses Vaksinasi LSD dan bleeding untuk Brucella sedang dijalankan bagi ternakan Lembu Intergrasi oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka.
Untuk makluman virus Lumpy Skin Disease (LSD) ini berasal dari Afrika dan mula dikesan di Asia Tenggara tahun lalu dan ia diklasifikasikan sebagai penyakit bawaan vektor.
Tanda klinikal penyakit ini adalah nodul (pembengkakan) yang keras dan sakit pada kulit lembu serta boleh merebak kepada ternakan lain.
Sila hubungi pejabat veterinar daerah anda jika ternakan anda mengalami simptom2 ini.
#veterinarmelaka
#lsd
#ternakansihat