Saturday, 22 January, 2022  07:01 AM

  • Aktiviti & Berita Terkini
25Oct
Pelancaran Dasar Agromakanan Negara 2021- 2030 (DAN 2.0)

Pelancaran Dasar Agromakanan Negara 2021- 2030 (DAN 2.0)

25 Oktober 2021 | Kuala Lumpur

YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Dasar Agromakanan Negara 2021- 2030 (DAN 2.0) hari ini secara hibrid di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, Kuala Lumpur.
DAN 2.0 mendukung aspirasi dan hala tuju sektor agromakanan negara untuk lebih mampan, berdaya tahan dan berteknologi tinggi. Ia bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat selain mengutamakan sekuriti serta nutrisi makanan negara.
Bagi mencapai matlamat DAN 2.0, kaedah pertanian pintar menjadi fokus untuk meningkatkan produktiviti merangkumi semua subsektor utama agromakanan yang menyumbang kepada aktiviti pertumbuhan ekonomi yang digariskan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.