Logo JPV

 

Logo "Veterinary Health Mark" merupakan lambang kualiti vang dianugerahkan kepada loji-loji pemprosesan hasilan ternakan di bawah Program Pemeriksaan dan Akreditasi Veterinar Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian Malaysia. Logo juga menandakan bahawa loji-loji berkenaan telah akur sepenuhnya kepada syarat Keperluan Piawaian Minima "Hygiene and Sanitation", "Quality Assurance and Food Safety" yang ditetapkan oleh JPV dan dipastikan melalui proses pemeriksaan loji dengan penekanan kepada "Food Safety and Quality System" serta "Good Manufacturing Practice Programs".

Loji-loji yang telah diakreditasi dan dianugerahkan Logo VHM dibenarkan mencetak logo di label atau pembungkus produk yang didaftarkan sahaja untuk mendapat dan mewujudkan keyakinan pengguna ke atas keselamatan produk dan dijadikan sebagai kaedah penggalak pemasaran. Banyak faedah lain boleh diperolehi di bawah program akreditasi ini. Di peringkat jabatan, permohonan sijil-sijil veterinar (Veterinary Certificates) oleh pengeluar produk hasilan ternakan untuk eksport dapat segera diproses. 
Pengeluaran sijil-sijil veterinar yang segera berlandaskan peruntukan "Animal Rules 1962", membolehkan pemproses akur kepada syarat keperluan mandatori yang dikenakan oleh negara pengimport dan merancang program eksport mereka dengan lebih berkesan lagi.

Ciri Penyertaan

Penyertaan dalam program bersifat sukarela dan terbuka kepada semua loji-loji pemprosesan makanan hasilan ternakan. Walaubagaimana pun penyertaan program dimestikan kepada semua lojil-loji pemprosesan makanan hasilan ternakan berorientasikan eksport selaras dengan syarat negara pengimport yang mewajibkan persijilan veterinar oleh Pihak Berkuasa Veterinar di negara pengeluar bagi semua produk.

Prosedur Permohonan

Loji-loji yang berminat untuk menyertai program ini hendaklah memohon dengan menggunakan borang khas yang di sediakan oleh Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar, Malaysia.



 
VETERINAR MELAKA

Jalan Ayer Keroh Lama, 75450 Melaka
No. Telefon: 06-333 3333
No. Fax: 06-232 7633
Hakcipta Terpelihara © 2015 JPVNM.

Last Modified: Rabu 21 Jun 2017, 09:37:07.
MEDIA SOSIAL