Objektif
Menyediakan perkhidmatan veterinar yang cekap dan berkesan kepada pelanggan bagi mengawal aktiviti penternakan melalui penguatkuasaan undang-undang yang sedia ada sealiran dengan perkembangan semasa dan memastikan produk haiwan adalah suci, bersih dan selamat untuk kegunaan manusia disamping menjaga kebajikan haiwan itu sendiri.
Pelanggan
Secara langsung : Penternak, Pengusaha dan Pemilik haiwan.
Secara tidak langsung : Jabatan Negeri dan Persekutuan, Orang awam
Aktiviti yang dijalankan adalah Perlesenan Ladang Unggas, Pendaftaran Aktiviti Berkaitan Veterinar, Perkhidmatan Aduan Berkaitan Ternakan dan Pensijilan Ladang Ternakan Unggas.
Fungsi
• Memastikan kesemua ladang ternakan unggas (ladang eksport) di Melaka diaudit untuk pensijilan SALT
• Memproses permohonan penternak untuk menjadi pengimport ternakan ruminant di Melaka.
• Memastikan system pendaftaran premis dalam E-Permit 2 dilakukan di setiap daerah dan ibupejabat
• Menjalankan/ menguatkuasakan aktiviti perlesenan ladang unggas mengikut peruntukan di bawah Enakmen Perladangan Unggas 2009
• Mengemaskini status penggunaan drug veterinary di klinik dan farmasi di daerah/kawasan termasuk penggunaan ubat terlarang di premis ternakan
Keterangan lanjut, sila hubungi :
Dr. Tuan Ajmal Bt. Tuan Kamaluddin
En. Khdirunizam bin Othman
( 06-2325102 / 06-2325103 )