Cetak

 

Catatan sejarah menunjukkan penternakan di negeri Melaka telah wujud sejak zaman kegemilangan Kerajaan Melaka pada abad ke 15 lagi. Kepentingan penternakan kepada masyarakat ketika ini telah mendorong Sultan Mahmud Shah mewujudkan peraturan “Malacca Code” (1422-1444) mengenainya. Namun begitu catatan sejarah mengenai perkhidmatan hanya terdapat pada 1902 dengan lantikan W.Pereyra G.B.V.C sebagai Inspektor Veterinar oleh Kerajaan Straits Settlement ketika itu.

Pada masa ini di Negeri Melaka, selain daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar, terdapat juga

yang memainkan peranan dalam membangunkan industri ternakan.

Seiring dengan pembangunan yang semakin pesat telah mendorong pembangunan penternakan ke arah sistem yang lebih intensif dan berteknologi tinggi serta dilengkapi dengan ciri-ciri mesra alaam. Usaha menepati keperluan persekitaran ini telah berjaya menonjolkan Negeri ini sebagai pengeluar telur ayam dan ayam pedaging yang pengeluarannya bukan sahaja dapat memenuhi keperluan tempatan malahan mampu dieksport. Manakala industri penternakan lain juga semakin berkembang untuk memenuhi keperluan tempatan.

Penerapan nilai-nilai kualiti akan terus diberi keutamaan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka dan diharapkan ianya menjadi pemangkin kepada pertumbuhan industri ternakan untuk pengeluaran makanan.