Logo JPV

Usaha mencapai visi Melaka Negeri Maju 2010, memerlukan industri ternakan turut berkembang selaras dengan kehendak pembangunan kearah pembentukan sebuah Negeri Maju. Selain daripada terus meningkatkan pengeluaran makanan berasaskan ternakan bagi mencapai status Negeri pengeluar makanan, industri perlu terus kekalkan status bebas daripada penyakit ternakan serta mempraktikan Amalan Penternakan yang Baik (Good Animal Husbandry Practice).

Sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab terhadap kesihatan ternakan serta pembangunan industri ternakan dan industri asas ternakan di Negeri Melaka, Jabatan ini sentiasa berusaha untuk memberi maklumat, dan menyediakan perkhidmatan secara yang cepat dan menepati keperluan pelanggannya, iaitu para penternak, pihak swasta dan agensi-agensi kerajaan lain yang ada melaksanakan projek ekonomi yang melibatkan penternakan.

Laman Web ini akan sentiasa dikemaskinikan dari segi kandungan maklumat, penampilan dan kemudahan berurusan yang disediakan. Ianya kini dimuatkan dengan maklumat mengenai industri ternakan dan industri berasaskan ternakan serta pencapaiannya, perkhidmatan Veterinar, latihan dan lain-lain yang dijangkakan dapat memenuhi kehendak serta akan terus memberi menafaat kepada pelanggan-pelanggan Jabatan. Pandangan dan/atau ide-ide yang membina mengenai pembangunan industri mahupun perkhidmatan adalah dialu-alukan bagi membolehkan industri dapat terus berkembang dan/atau Jabatan dapat meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan pemberian perkhidmatannya.

Saya berharap melalui laman web ini Jabatan dan para pelanggan Jabatan dapat bersama, mengembeling tenaga dan ide, dalam meningkatkan lagi pembangunan industri ternakan dan industri asas ternakan di Negeri Melaka ini.

 

SELAMAT MELAYARI LAMAN WEB JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI MELAKA 

DR. AZLAN BIN ENJAH 

PENGARAH 

JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI MELAKA



 
VETERINAR MELAKA

Jalan Ayer Keroh Lama, 75450 Melaka
No. Telefon: 06-333 3333
No. Fax: 06-232 7633
Hakcipta Terpelihara © 2015 JPVNM.

Last Modified: Rabu 21 Jun 2017, 09:37:07.
MEDIA SOSIAL